Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki menghina Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV kelmarin, majikannya, Cisco ASEAN tampil membuat permohonan maaf.Â
Dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebooknya semalam, Cisco menyatakan pihaknya menghormati tradisi dan undang-undang di Malaysia. Namun tindakan Eric Liew itu adalah di atas kapasiti peribadi, bukannya mewakili pandangan Cisco.Â
Pihak Cisco turut kesal dan memohon maaf di atas kejadian tersebut. Dalam pada itu, Cisco menjelaskan individu terbabit telah membuat permohonan maaf dan kini sudah tidak lagi bersama dengan syarikatnya.Â
Bagaimanapun di ruangan komen, netizen menuntut pihak Cisco menunjukkan bukti surat pemecatan Eric Liew bagi mengesahkan Cisco ASEAN serius dalam mengambil tindakan.Â
Sumber: Facebook CISCO ASEAN
BERITA BERKAITAN:









