Thalita akui dipulau rakan sekolah sejak busking di Bukit Bintang - The Reporter

Thalita akui dipulau rakan sekolah sejak busking di Bukit Bintang

Thalita dipulaukan rakan sekolah
Thalita

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sejak namanya mula dikenali, Dzahira Thalita Zahra atau Thalita, 13, anak kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu, berkongsi pengalaman dipulaukan segelintir rakan sekolahnya.

Thalita berkata, dia tidak memahami punca rakan-rakannya berubah sikap terhadapnya.

“Memang saya kena ‘palau’ dengan kawan-kawan. Entah kenapa ada yang cemburu, saya pun tak tahu, tapi saya tak kisah. Apa-apa pun, saya masih Thalita yang sama,” katanya.

Mengimbau detik perubahan itu, Thalita mengaitkannya dengan persembahan ‘busking’ pertama di Bukit Bintang baru-baru ini. Dia menyedari ada rakan mula menjauhkan diri dan bercakap buruk di belakangnya. Namun, dia memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

“Saya berharap keadaan kembali seperti biasa. Saya tak mahu bermasam muka dengan sesiapa,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai momen sebak sewaktu menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin, Thalita mengakui emosinya tersentuh melihat sambutan orang ramai.

“Menyanyikan lagu Kesetiaan depan ribuan penonton buat saya rasa sebak. Ia adalah lagu kegemaran saya dan arwah ibu. Syukur semua orang suka,” katanya.

Sumber: Harian Metro, mStar Online, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!