'Terpaling introvert' - Netizen kritik Madammu beli semua tiket hanya kerana mahu tonton filem dalam ketenangan - The Reporter

‘Terpaling introvert’ – Netizen kritik Madammu beli semua tiket hanya kerana mahu tonton filem dalam ketenangan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri yang juga dikenali sebagai Madammu, telah membuat keputusan yang mengejutkan apabila membeli semua tiket di sebuah panggung wayang.

Menurut Madammu, dia berbuat demikian kerana ingin menonton filem yang diingini dengan ketenangan.

Madammu turut berkongsi video itu di TikTok dan menunjukkan keadaan dalam panggung sunyi setelah dia membeli semua tiket bagi tayangan berkenaan. Malah Madammu mengakui dirinya adalah introvert.

@madammmmu

Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat.

♬ original sound – madammu – madammu

Tindakan Madammu itu telah menarik perhatian dan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji, tidak kurang juga yang mengkritik.

Seorang netizen berkata, “Bestnya jadi Madam,” manakala yang lain pula bertanya, “Membazir tu amalan siapa sis?”, dan “Sebelum kaya boleh je tengok wayang beramai-ramai. Selepas kaya, tiba-tiba introvert. Kejap lagi mesti kena serang dengan pentaksub”.

Madammu dengan selamba membalas komen itu, “Biasalah, manusia kan boleh berubah.”

Walaupun begitu, Madammu menjelaskan dia memilih untuk membeli semua tiket kerana filem yang ingin ditontonnya tidak ditayangkan dalam Gold Class.

Ada juga netizen yang membela Madammu dengan berkata, “Duit dia, biarlah dia nak buat apa pun. Yang ramai-ramai bitter dalam komen ni kenapa? Busuk hati ke?”

Sumber: TikTok Madammu

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!