Terpaksa lupakan cita-cita, kakak bawa adik tinggal di asrama selepas ibu meninggal dunia - The Reporter

Terpaksa lupakan cita-cita, kakak bawa adik tinggal di asrama selepas ibu meninggal dunia

Sumber foto: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Puteri Noor Ashikin Abdullah, 29, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), terpaksa melupakan cita-citanya demi menjaga dua adiknya, Putera Sharul Kusyairi, 13, yang menghidap disleksia, dan Putera Amirul Rashidin, 17.

Mereka kehilangan ibu mereka akibat kemalangan 10 tahun lalu, ketika Puteri berusia 19 tahun.

Selepas kematian ibunya, Puteri terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya. Ketika itu, dia sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di sebuah IPTS di Mantin.

Bawa adik tinggal di asrama

Kehilangan ibu menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing, sehingga dia terpaksa membawa salah seorang adiknya tinggal di asrama kolej selama tiga bulan kerana tiada orang yang boleh menjaga mereka.

Adik bongsunya yang masih bayi ketika itu, dijaga sementara oleh rakan ibunya di Perak. Namun, tidak lama kemudian, ibu dan bapa saudaranya menghantar kedua-dua adiknya ke pusat kebajikan. Puteri Noor Ashikin nekad mengambil dan menjaga adik-adiknya sendiri selepas tamat praktikal Diploma.

Mereka menyewa di Mantin dan Puteri bekerja sebagai pegawai pentadbiran di sebuah IPTS. Namun, pekerjaan itu tidak bertahan lama kerana kolej tersebut terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19. Dia kemudian bekerja sebagai guru tadika sebelum membuka perkhidmatan ‘home tutor’ sendiri yang kini menjadi sumber pendapatannya.

Sewa rumah tertunggak 3 bulan

Dengan pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan, Puteri Noor Ashikin mengakui pendapatan tersebut tidak mencukupi, malah rumah sewanya telah tertunggak tiga bulan. Dia menerima bantuan bulanan RM450 daripada Baitulmal serta barangan dapur yang sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya.

“Saya tak risau dengan adik saya yang berusia 17 tahun itu kerana dia tinggal di Darul Asnaf Sendayan di bawah perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),

“Cumanya adik bongsu saya ini, dia disleksia dan perlukan saya kerana dia tak seperti kanak-kanak lain, sebab itu saya tak boleh tinggalkan dia,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Puteri Noor Ashikin di talian 011-12643718 atau menerusi nombor akaun Bank Simpinan Nasional (BSN) 0899529000336432.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!