Terima kek coklat premium berkulat, pembeli minta pempengaruh jaga kualiti | The Reporter

Terima kek coklat premium berkulat, pembeli minta pempengaruh jaga kualiti

Kek coklat premium
Ramai yang mengadu mahu merasa kek premium berkenaan namun hampa apabila melihat kualiti yang diterima. Sumber Gambar: Papayen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini pempengaruh terkenal mengundang kritikan ramai apabila menjual kek coklat dengan harga yang disifatkan tidak munasabah. Mendegar kritikan itu, pempengaruh berkenaan telah bertindak untuk menurunkan harga dari RM39 kepada RM29.

Belum reda isu berkenaan, beberapa individu pula tampil mengulas kek coklat berkenaan. Kek yang didatangkan bersama coklat ganache bukan hanya dikatakan tidak sepadan dengan harga, malahan mereka mendakwa kek berkenaan telah berkulat apabila sampai ke tangan mereka.

Walaupun kek berkenaan telah berkulat, ada antara mereka yang telah membuang kulat tersebut, semata-mata untuk merasai kesedapan kek itu.

Menerusi hantaran seorang lelaki di aplikasi X pula, dia menyatakan semasa menerima kek berkenaan, sudah kelihatan kek coklat itu mengandungi kulat.

“Dapat 19 haribulan, memang dah kulat. Dari luar bekas dah nampak. Tapi tak teruk lagi.

“Balik dari Johor Bahru lepas dua hari, snap gambar ni. Kalau macam ni, nampak sebenarnya sebelum post dah berkulat,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah bertindak membuang kek berkenaan dikhuatiri memberi kesan kepada kesihatan.

Susulan itu juga, rata-rata netizen telah menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Related Posts