'Terima kasih UiTM Segamat atas penganiayaan' - Alumni UiTM luah rasa kecewa ditamatkan perniagaan tanpa sebab | The Reporter

‘Terima kasih UiTM Segamat atas penganiayaan’ – Alumni UiTM luah rasa kecewa ditamatkan perniagaan tanpa sebab

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Soya meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan UiTM Segamat yang telah menamatkan perniagaannya. Penamatan itu katanya tanpa sebab musabab dan dia menyifatkan tindakan pihak pengurusan sebagai satu penganiayaan ke atasnya.

Baru sahaja sebulan berniaga, luluh hatinya memikirkan kos yang telah ditanggung dengan pembelian beberapa barangan elektrik yang digunakan untuk perniagaan.

@najmudin.shukor

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Terima kasih uitm segamat untuk peristiwa ni. Terima kasih juga beri peluang saya meniaga sebulan lebih. Saya tak tahu pihak atasan yang mana terminate saya, cuma saya berharap agar semua ni takkan berlaku pada alumni uitm yang lain. Cukup saya seorang sahaja jadi mangsa. Terima kasih untuk segalanya. #abangsoya #uitmsegamat

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

“Saya berniaga 20 November 2023 dan telah menerima surat penamatan pada 31 Disember.

“Saya merupakan alumni UiTM dan saya ditawarkan untuk berniaga di sini. Saya tak tahu pihak mana yang salah dan betul, tetapi saya sangat kecewa,” katanya.

Setelah seminggu tidak berniaga, sekembalinya dia ke sana, dia mendapati suis peti ais telah ditutup sehinggakan air mineral di dalam peti tersebut telah berkulat.

Menganggap ini sebagai satu dugaan, lelaki ini bagaimanapun meminta pihak pengurusan supaya tidak lagi menawarkan apa-apa perkara kepada alumni. Kesan daripada itu juga dia terpaksa memberhentikan empat orang pekerjanya.

“Saya bangga jadi alumni UiTM Segamat. Tetapi disebabkan peristiwa ini, saya kecewa dan banyak keluarkan banyak modal,” katanya.

Sumber: Abang Soya

Related Posts