Baru-baru ini seorang pelajar UiTM Dungun memuat naik video yang menunjukkan tempat tinggal yang disediakan kepada pelajar baru dalam keadaan sangat daif dan menyeramkan.
Baca: ‘Redho je la dik’ – Pelajar kongsi video keadaan asrama universiti awam di Dungun kelihatan daif
Tidak menunggu lama, pihak pengurusan mengambil maklum mengenai ‘aduan’ tersebut dengan membersih dan mengecat semula ruangan yang terjejas bagi memastikan penghuni asrama berasa selesa dan selamat.
Pengadu, Miyyaa, turut memuat naik semula gambar sebelum dan selepas di lokasi yang membuatkan ramai netizen berpuas hati dengan perubahan tersebut.
Dalam pada itu, Miyyaa juga berterima kepada pihak UiTM kerana mendengar suara dan kebimbangan pelajar.
“Terima kasih UiTM. Kepada yang mengkritik, saya mahu anda faham bahawa saya hhanya meminta hak asasi pelajar untuk mendapatkan penginapan yang bersih dan selamat, serta persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.
Sebelum ini, pelajar berkenaan memuat naik video di TikTok yang menunjukkan kedaifan asrama pelajar yang mencetuskan perdebatan netizen di media sosial.
Ada yang mendakwa pengadu terlalu cerewet kerana tidak dapat menerima keadaan sedemikian, dan tidak kurang juga yang menasihatkannya untuk reda.








