'Redho je la dik' - Pelajar kongsi video keadaan asrama universiti awam di Dungun kelihatan daif - The Reporter

‘Redho je la dik’ – Pelajar kongsi video keadaan asrama universiti awam di Dungun kelihatan daif

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Institusi pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan pelajar dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal yang bersih, baik dan sempurna. Kemudahan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk fokus pada akademik mereka, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan mereka.

Tempat tinggal yang selesa dan terurus dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan, membolehkan pelajar menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih positif dan produktif.

Semalam, tular di aplikasi TikTok sebuah video yang menunjukkan keadaan asrama di sebuah universiti awam (UA) dipercayai di Dungun, Terengganu kelihatan sangat daif.

“Standard UiTM ke ni?” soal pengguna TikTok Amirah Amri (@miyyaa010).

Berdasarkan video berdurasi 9 saat itu menunjukkan keadaan dinding bilik yang kotor. Di bahagian ampaian pula, dinding berlumut dan dawai digunakan untuk menjemur pakaian. Begitu juga dengan bilik air di mana dindingnya berlumut, cermin mempunyai kesan hitam.

Walaupun kesal dengan keadaan itu, ada beberapa bekas pelajar UiTM Dungun tampil menasihatkan Amirah untuk bertabah dan belajar hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Jadikan ini sebagai push lesson untuk adik belajar dan survive. Tips, aktif dalam akademik dan kurikulum, nanti dapat duduk duyung. Masa tu adik akan rasa puas,” kata Diana.

Sementara itu, ada juga yang menasihatkan pengadu untuk bersyukur kerana bukan semua yang mendapat peluang untuk melanjutkan pendidikan di UA.

“Bersyukur awak, ramai lagi yang tengah susah sebab tak dapat kolej, yang minta rayuan kolej sekarang ni,” kata Enaa.

Walaupun begitu, netizen menggesa pihak UiTM Dungun mengambil insiatif untuk membaik pulih asrama yang terjejas agar penghuninya berasa selesa dan selamat.

“Kasihan students, tak ada ke inisiatif pihak UiTM untuk buat baik pulih. Bila tempat macam ni, makhluk halus pun suka. Buatlah gotong royong baik pulih bersama pelajar.

“Bukannya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi, tetapi untuk mendidik pelapis masa depan negara, biarlah kemudahan yang diberi itu berada dalam keadaan sepatutnya. Tidak perlu mewah, tetapi cukup sekadar lengkap berpada-pada. Mereka yang bertanggungjawab, tolonglah cakna,” kata netizen.

Total
0
Shares
Total
0
Share