'Terima kasih atas keprihatinan' - Prabowo tolak bantuan negara luar | The Reporter

‘Terima kasih atas keprihatinan’ – Prabowo tolak bantuan negara luar

Prabowo Subianto bercakap dalam sidang media, menolak bantuan luar sambil mengucapkan terima kasih atas keprihatinan.
Prabowo Subianto

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan bahawa negara itu mampu mengendalikan situasi bencana banjir besar yang berlaku di wilayah Sumatera Barat, Sumatera Timur, dan Aceh.

Dalam ucapannya, beliau juga mendedahkan telah menolak tawaran bantuan dari beberapa pemimpin dan ketua negara luar.

Menurut beliau, kerajaan Indonesia menghargai keprihatinan antarabangsa yang disuarakan, namun menegaskan bahawa keupayaan domestik negara masih mencukupi untuk menangani keadaan tersebut.

“Banyak pimpinan dan ketua negara ingin mengirimkan bantuan, dan saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan itu. Namun, Indonesia mampu mengatasi situasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya keadaan itu diisytiharkan sebagai bencana nasional, namun beliau menegaskan langkah sedemikian tidak diperlukan buat masa ini.

“Ada yang berteriak (menangis) hal ini dinyatakan sebagai Bencana Nasional, kita sudah kerahkan bantuan yang diperlukan untuk tiga daripada 38 wilayah, jadi situasi terkawal dan saya akan terus pantau,” katanya.

Baca juga:

Beliau menambah bahawa keadaan di kawasan terlibat masih berada dalam kawalan, dan kerajaan pusat terus memantau perkembangan secara langsung bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya keadaan berubah.

Terdahulu, Gabenor Aceh, Muzakir Manaf tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual oleh wartawan terkenal, Najwa Shihab, dalam satu sesi wawancara yang membincangkan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah tersebut.

Muzakir kelihatan cuba mengawal emosi sebelum mengakui keterbatasan kuasanya dalam menentukan status Bencana Nasional.

Related Posts