'Terima kasih Allah kerana satu-satunya menjadi harapanku' - Khaby luah rasa syukur - The Reporter

‘Terima kasih Allah kerana satu-satunya menjadi harapanku’ – Khaby luah rasa syukur

Sumber Gambar: Instagram Khaby

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh terkenal, Khaby menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan demi kejayaan yang dimiliki sehingga kini.

Khaby yang mempunyai pengikut seramai 81.1 juta pengikut di Instagram berkongsikan gambar memakai ihram di hadapan Kaabah.

“Alhamdulilah, Allah telah berikan kepada saya segalanya, kekuatan untuk meruskan kehidupan serta mengejar impian.

“Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui dalam hidup dan kelihatan mustahil namun keimanan membuatkan saya terus bertahan.

“Terima kasih Allah kerana satu-satunya menjadi harapanku,” tulisnya.

Khaby pempengaruh yang dilahirkan di Senegal itu meraih perhatian ramai apabila sering memuatnaik hantaran serta pelbagai ekspresi wajah lucu.

Selain konten yang sering mencuit hati, Khaby juga yang kini telah meraih pengikut seramai 162.4 juta pengikut di TikTok juga sering menyampaikan mesej yang positif kepada pengikutnya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!