Tentera Laut Indonesia tahan 42 pekerja migran illegal dari Malaysia yang masuk ke negaranya? | The Reporter

Tentera Laut Indonesia tahan 42 pekerja migran illegal dari Malaysia yang masuk ke negaranya?

Minggu lalu, media Indonesia melaporkan pihak berkuasanya mendapat maklumat mengenai kemasukan sekumpulan besar orang yang dipercayai masuk secara haram untuk bekerja di negaranya.

Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia telah berjaya menahan 42 pekerja asing tanpa izin yang datang dari Malaysia pada 23 Jun 2024, di Pesisir Pelintung, Medang Kampai, Dumai, Indonesia.

Lapor portal Kompas, penahanan itu dilakukan selepas pasukan F1QR Lanal Dumai, mendapat maklumat mengenai kedatangan kumpulan berkenaan yang akan masuk ke wilayah Pelintung.

Setelah melakukan operasi mengejar dan membanteras, pihak berkuasa berjaya menahan 42 orang pekerja asing tanpa izin.

Soal siasat mendapati, kumpulan itu perlu membayar sejumlah wang kepada ejen di Malaysia dengan harga 5 hingga 6 juta Rupiah (RM1.7K) agar dapat kembali ke Indonesia menggunakan speed boat.

Bagaimanapun, wajah beberapa individu ditahan tersebut yang disiarkan tidak menyerupai wajah rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila kad pengenalan dan pasport yang dirampas juga menunjukkan kumpulan tersebut merupakan warga Indonesia.

Media Indonesia lapor berita palsu?

Pelaporan berita itu menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

“Seketul pasport Malaysia pun takde, pastu tiba-tiba tuduh orang Malaysia masuk kerja secara haram. Apa ke benda berita konoha ni?” kata netizen.

“Takkanlah ada yang nak jadi imigran, yang mana gajinya lbih rendah daripada Ringgit Malaysia. Tak logik langsung. Saja clout la tu berita negara dia ni,” tambah netizen lain.

Related Posts