Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelawak Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria tampil menafikan dirinya adalah individu yang dikaitkan dalam laporan berita berhubung kes rogol baru-baru ini.
Penafian itu dibuat melalui video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya semalam.
Dalam video tersebut, Tauke tidak memberikan sebarang kenyataan, namun aksinya yang sedang menjawab panggilan telefon berulang kali mencerminkan situasi dirinya yang dihubungi ramai pihak untuk mendapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut.
Ketika dihubungi oleh The Reporter, Tauke hanya membalas ringkas, “Kasi clear nama ambo boh.”
Dalam pada itu, netizen dinasihatkan untuk berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan reputasi pihak yang tidak berkaitan.
Terdahulu, media melaporkan seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi berusia 40-an ditahan polis di Johor Bahru bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an.