Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kadar tarif 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport komoditi negara termasuk kelapa sawit disifatkan masih memberi ruang persaingan adil kepada Malaysia.
Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kadar itu bukan satu beban kerana ia setanding, malah antara yang terendah dalam kalangan negara ASEAN.
“Malaysia masih berada pada kedudukan baik. Walaupun Indonesia pengeluar terbesar kelapa sawit dunia, mereka juga dikenakan kadar sama. Maknanya kita ‘fair fight’ lah,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Baca juga:
- Mahkamah sahkan kecuaian, keluarga S Thanabalan terima RM1.1 juta
- Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak ketika bermain sembunyi-sembunyi
- Hilang semangat kerja gara-gara penilaian prestasi oleh pegawai tidak dikenali
Tarif Baharu Dimuktamadkan Presiden AS

Penetapan kadar 19 peratus itu dimuktamadkan menerusi dokumen perintah eksekutif Presiden AS, Donald Trump bertarikh 31 Julai dan sudah dimuat naik di laman web Rumah Putih.
Malaysia sebelum ini dikenakan tarif 25 peratus, namun penurunan kadar itu dipercayai berlaku susulan panggilan telefon antara Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehari sebelumnya.
Johari yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menambah, setakat ini tiada isu besar melibatkan eksport negara susulan kadar baharu itu.
“Saya tak nampak masalah buat masa ini. Malaysia masih mampu bersaing secara adil di pasaran antarabangsa,” katanya lagi.
Sumber: Malaysia Gazette








