Amerika Syarikat mengenakan tarif balas setinggi 245% ke atas barangan import dari China, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa. Langkah tegas ini diambil selepas China melarang pembelian pesawat Boeing oleh syarikat penerbangannya serta mengetatkan eksport logam nadir bumi penting.
Menurut fakta yang dikeluarkan, tarif itu dikenakan atas alasan keselamatan negara susulan tindakan balas agresif China. Sebelum ini, AS telah mengenakan tarif 145% ke atas barangan dari China, diikuti tindak balas China yang menaikkan tarif kepada 125% dan menggantung eksport enam jenis logam nadir bumi serta magnet penting untuk industri automotif, aeroangkasa dan ketenteraan.

China juga sebelum ini menyekat eksport gallium, germanium dan antimoni — bahan strategik yang penting untuk pertahanan dan teknologi. Rumah Putih menegaskan hanya China yang bertindak balas secara konfrontasi, manakala lebih 75 negara lain memilih untuk membuka rundingan perdagangan baharu.
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
Dalam kenyataan balas, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, “China tidak mahu berperang, tetapi tidak takut untuk melawan.” Beliau menggesa AS berhenti menggunakan tekanan ekstrem dan amalan ‘ugut’, sebaliknya berbincang atas dasar hormat dan manfaat bersama.
Jurucakap Presiden Trump, Karoline Leavitt pula menyatakan bahawa “bola kini berada di gelanggang China,” dan hanya rundingan yang adil boleh menamatkan ketegangan ini. Namun tiada jaminan sama ada AS akan menambah lagi tarif atau menyekat eksport pada masa terdekat.
Situasi semasa menunjukkan perang dagang antara dua kuasa besar dunia ini kini memasuki fasa paling tegang dan tidak menentu. – Agensi








