Tangan anak diconteng dengan perkataan 'Kau babi', wanita luah rasa sedih dengan sikap pembuli - The Reporter

Tangan anak diconteng dengan perkataan ‘Kau babi’, wanita luah rasa sedih dengan sikap pembuli

Sumber gambar: Ibu pelajar

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kes buli semakin lama semakin berleluasa. Walaupun amaran dan tindakan telah dilakukan oleh pihak sekolah sebagai pengajaran, namun kes ini masih lagi berlaku dalam peringkat menengah mahupun rendah.

Kes buli bukan sahaja melibatkan kecederaan pada fizikal malahan turut melibatkan penderaan emosi individu.

Kebiasaannya kita hanya mendengar kes buli melibatkan pelajar lelaki. Jarang sekali berita buli dalam kalangan pelajar perempuan menjadi tular.

Namun begitu, seorang wanita mendedahkan anak perempuannya telah dibuli semasa sesi pembelajaran di Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA). Tangan anaknya telah diconteng dengan perkataan ‘Kau babi.’

“Inilah muka anak aku yang selalu kena buli. Hari ni kat Kafa pulak,” tulisnya.

Anak perempuannya dikatakan telah membuat aduan kepada gurunya dan pelaku telah disoal siasat dan mengaku bersalah.

“Ustazah bawa anak cari pembuli di kelas. Dan budak tu dah dijumpai, disoal siasat dan mengaku bersalah serta dihukum rotan. Terima kasih pihak sekolah pantas bertindak,” tulisnya.

Sementara itu, netizen melahirkan kebimbangan dengan situasi buli yang berlaku dan meminta wanita ini tidak membiarkan kes itu begitu sahaja.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!