Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 37 tahun ditahan polis selepas rakaman CCTV menunjukkan dia memukul anaknya di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Perlis.
Insiden yang tular itu mencetuskan kemarahan ramai apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu didakwa beberapa kali ditampar sehingga jatuh dan terhantuk pada bucu bangku.
Padah tempeleng anak
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 11, 2025
Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
Arau: Polis menahan seorang wanita yang didakwa memukul dan mencederakan anaknya di koridor hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, di sini semalam.
Wanita yang bekerja sebagai pekerja kantin berusia 37 tahun itu ditahan di… pic.twitter.com/JwLCFX8Ba7
Rakaman tersebut memaparkan wanita yang bekerja sebagai pekerja kantin itu menampar kepala anaknya hingga menyebabkan pendarahan.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 12.16 pagi.
Kanak-kanak berkenaan mengalami luka di kening sebelah kanan dan telah menerima rawatan susulan. Suspek kini ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut.
Netizen kecam & luah simpati
Tindakan wanita itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatannya sebagai keterlaluan dan boleh memberi kesan trauma kepada kanak-kanak.
Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap anak kecil tersebut dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk melindunginya.
Sebilangan warganet juga mempersoalkan mengapa tiada individu di lokasi yang tampil membantu kanak-kanak itu atau cuba menghentikan tindakan ibunya.
Namun, ada juga pandangan yang meminta orang ramai tidak terus menghukum wanita tersebut, sebaliknya mempertimbangkan kemungkinan dia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental yang tidak disedari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro








