Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seperti yang dijanjikan, malam tadi Caprice telah mendedahkan temubual bersama Mondy mengenai sisi gelap seorang pendakwah terkenal.
Susulan pendedahan itu juga, ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi. Tidak kurang juga ada yang menuduh Caprice sengaja menjadikan Mondy sebagai content.
Walau bagaimanapun Caprice menafikan dakwaan itu dan menyatakan dia mempunyai bukti serta sudah melaporkan isu ini kepada pihak polis.
“Ramai start tuduh cap saja bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ni kita bijak sikit. Sebelum release podcast kita, kami sudah buat laporan polis, profesional psychiatrist assessment of Mondy dekat hospital..
“Selain itu dengan izin mangsa, kami record semua chat mangsa dengan team-team ustaz tahun ni,” tulisnya.
Segala bukti yang diperoleh katanya sebelum Mondy dijemput ke podcast tersebut. Dan segala bukti tersebut telah diserahkan kepada pihak polis.
“Sebelum kita dm dan jemput Mondy minggu lepas (first time contact dan first time jumpa) salah satu bukti cerita dia kene sentuh adalah satu WhatsApp chat antara Mondy dan bodyguard / p.a ustaz nama “Ajai” on July 9th 2023 tentang dia kene sentuh dan mondy sendiri repeat yang dia takut.
“Team kami ada berapa bahan bukti lain dan sudah serah semua kepada pihak PDRM sebelum release of episod 1 podcast,” katanya.
Tambah Caprice lagi, tujuannya berbuat demikian adalah untuk membantu mangsa-mangsa di luar sana untuk bersuara dan mendapatkan keadilan
“Kepada pihak-pihak yang tuduh kita reka / bayar talent untuk saja reka cerita sebab nak jatuhkan seorang ustaz, ini adalah fitnah besar.
“Kita tak ada masa nak jatuhkan siapa-siapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk bantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan share. Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa.
Sumber: Caprice