Tak tahan diganggu kelibat nenek tua berambut panjang, majikan non-muslim minta bantuan Pusat Rawatan Islam - The Reporter

Tak tahan diganggu kelibat nenek tua berambut panjang, majikan non-muslim minta bantuan Pusat Rawatan Islam

Apabila berlaku gangguan mistik, kebiasaannya mangsa akan mencari bantuan daripada individu yang lebih arif dalam hal-hal spiritual atau keagamaan. Individu ini, yang sering kali dikenali sebagai bomoh, pawang, atau ustaz, akan menggunakan kaedah dan ritual tertentu mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk mengatasi gangguan tersebut.

Proses ini melibatkan doa, jampi, atau upacara tertentu yang dipercayai dapat mengusir atau menenangkan entiti yang mengganggu.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan satu kes yang diterima oleh Pusat Rawatan Nurzikir, di mana mereka dihubungi oleh pemilik kilang berbangsa Cina untuk membantu menghalau gangguan makhluk halus, nenek tua berambut panjang, di premisnya.

https://www.tiktok.com/@pusatrawatannurzikirhq/video/7420361097019952401

“Bos kilang Cina panggil Team Nur Zikir untuk buat pembersihan dan pembakaran di tapak parking kereta di kilang miliknya. Mereka diganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu.

“Katanya sudah pelbagai cara dibuat untuk menghalau makhluk tersebut, namun kelibatnya masih ada,” katanya.

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan beberapa anggota Nur Zikir sedang melaungkan azan di setiap penjuru di ruang parkir tersebut.

“Syukur, selepas selesai tiada lagi gangguan tersebut dan seterusnya bos Cina itu meminta kami ‘memagar’ beberapa lagi kilangnya di lokasi lain,” ujarnya.

Video tersebut menarik perhatian ramai dan netizen tidak menyangka orang bukan Islam juga berminat menggunakan khidmat pakar perubatan Islam tempatan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!