Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima tampil memberi teguran kepada netizen berhubung isu membabitkan pelakon popular, Anna Jobling dan ibunya yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Erma mengingatkan bahawa pertelingkahan peribadi, khususnya antara ahli keluarga, bukanlah sesuatu yang wajar untuk dijadikan tontonan umum di platform media sosial.
“Isu dalam kain bukan untuk perkongsian di media sosial. Ini punca siber buli. Kita mengundang pelbagai spekulasi masyarakat dan akhirnya akan terbitnya ‘kenduri kecaman’,” tulisnya.
Menurut Erma, apabila sesuatu isu dibuka kepada umum, netizen akan cenderung membuat pelbagai andaian tanpa mengetahui cerita sebenar di sebaliknya.
“Perbalahan emak dan anak itu biasa, tetapi kalau perlakuannya luar biasa, pasti ada sesuatu yang luar biasa juga berlaku. Bak kata orang, pokok takkan bergoyang kalau bukan tangan kita yang menggoyangkannya.
“Kadang-kadang ada juga ibu bapa yang lebih sudu daripada kuah. Bukan anak yang kena kejutan budaya, tapi mak ayah yang ‘culture shock’ pun ada,” jelasnya.
Baca juga:
- ‘Tiada seorang pun datang merungut’ – Neelofa & PU Riz jawab isu caj kelas agama RM850
- Fizo Omar bidas netizen beri rating satu bintang Restoran Rembayung
- YDP, Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini
Justeru, Erma menegaskan bahawa hanya mereka yang terlibat mengetahui kebenaran sebenar dan orang luar tidak seharusnya menjatuhkan hukuman.
“Kes Anna ini, siapa kita untuk menghukum? Hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya. Wallahualam. Jadi, korang tak payahlah menyibuk campur tambah garam gula lagi. Aku simbah cuka nanti baru tahu,” katanya berseloroh.
Kenyataan Erma itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju bahawa permasalahan peribadi keluarga seharusnya diselesaikan secara tertutup demi menjaga maruah semua pihak.
Terdahulu, pendedahan yang dibuat oleh ibu kepada Anna Jobling mengejutkan semua pihak. Dalam hantaran di Instagram, Ariz Arop mendakwa Anna telah mengambil perintah injunksi terhadapnya.








