'Tak semua perlu diuar-uarkan di media sosial' - Cuepacs beritahu MB Johor - The Reporter

‘Tak semua perlu diuar-uarkan di media sosial’ – Cuepacs beritahu MB Johor

Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar sebarang teguran yang ditujukan kepada penjawat awam perlulah disampaikan secara berhemah dan tidak terlalu diuar-uarkan di media sosial.

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin menegaskan, kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan sebaliknya.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, sebelum ini menyuarakan kekecewaannya di media sosial kerana 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai, sehingga menyebabkan kesesakan.

Bagaimanapun menurut Abdul Rahman, kedatangan Menteri Besar pada ketika itu adalah di luar waktu puncak dan terdapat sebilangan kecil kaunter ditutup kerana pertukaran giliran pegawai rehat serta tugas pentadbiran lain.

Tambah beliau, tidak semua isu perlu diuar-uarkan di media sosial. Kritikan yang berlebihan boleh mengundang kecaman dari netizen dan sepatutnya diselesaikan secara dalaman.

Sumber: Free Malaysia Today

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!