'Tak perlu minta maaf, anak saya okay, itu pun nak jadi isu' - Ibu pelajar yang kepalanya dilepuk MB Kedah - The Reporter

‘Tak perlu minta maaf, anak saya okay, itu pun nak jadi isu’ – Ibu pelajar yang kepalanya dilepuk MB Kedah

Sumber gambar: Facebook Pas Kawasan Sik

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ibu kepada pelajar yang kepalanya diketuk oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini, tampil menzahirkan rasa kurang senang dengan segelintir pihak yang cuba memperbesarkan isu tersebut.

Menerusi komen wanita yang dikenali sebagai Syalwa di TikTok berkata, mereka sekeluarga tidak berkecil hati dengan tindakan Muhammad Sanusi yang mengetuk kepala anak perempuannya menggunakan segulung kertas.

Apatah lagi mahu menuntut maaf daripada pemimpin berkenaan, kerana anak tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tak perlu minta maaf, Menteri Besar dan kami sekeluarga okay saja. Anak saya pun okay, tak sakit atau patah pun. Kami melawak sesama kami. Itu pun nak jadi isu,” tulisnya.

Terdahulu tular video Sanusi mengetuk kepala pelajar berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak termasuk beberapa ahli politik yang berpendapat perbuatan itu tidak wajar dilakukan.

Sanusi bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dia hanya bergurau dengan pelajar berkenaan yang dikatakan memohon sumbangan untuk melanjutkan pengajian ke politeknik pada saat akhir.

“Lepuk dengan sehelai kertas saja, bukan dengan kayu. Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!