Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Aiman Hakim Ridza baru-baru ini berkongsi detik istimewa bersama isteri, Zahirah Macwilson, dan anak mereka, Isaac Raees, di Instagram.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan tiga sekeluarga itu sedang asyik menikmati waktu bersama di sebuah ladang di Australia.
Difahamkan, gambar-gambar itu dirakam sebagai momen terakhir mereka bertiga sebelum menyambut kedatangan anak kedua dalam keluarga.
“Last moments as three together,” tulis Aiman.
Namun pada gambar terakhir yang dikongsikan oleh Aiman itu mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen. Gambar tersebut menunjukkan pasangan selebriti ini sedang berciuman.
Walaupun ada netizen yang memberikan komen positif dan menganggap mereka sebagai pasangan yang bahagia, tetapi ada juga yang merasakan tiada keperluan gambar itu dikongsikan untuk tatapan para pengikut kerana ia berpotensi menimbulkan kecaman.
“Terkejut aku tengok gambar last tu. Tak perlu kot,” kata netizen.
“Please lah guys. Walaupun dia artis, cuba jangan puji-puji benda macam ni, memalukan. Simpanlahgambar itu untuk tatapan berdua. Orang tengok aurat isteri kita tu. Jangan normalisekan budaya barat please,” kata seorang lagi netizen.