Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada penduduk parlimennya hasil bayaran daripada kerjasama sebagai duta produk wangian Dolcea, bersama selebriti Bella Astillah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Bella menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Dari Parlimen ke minyak wangi, kini kami bergabung menghasilkan haruman bersama!
“Syed Saddiq menyumbangkan keseluruhan RM100,000 daripada kerjasama bersama Dolcea kepada Muar,” tulis Bella.
<Sumbangan tersebut adalah kesinambungan daripada usaha terdahulu Syed Saddiq yang sebelum ini turut menyerahkan RM1.36 juta kepada Parlimen Muar. Dana itu merupakan bayaran yang diterima selepas menjadi model kepada sebuah jenama fesyen, juga bersama Bella.
Terdahulu, Syed Saddiq pernah mendakwa bahawa peruntukan rasmi Parlimen Muar telah disekat, menyebabkan beliau mencari pelbagai inisiatif sendiri untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat.








