Anwar Ibrahim dipuji rakan pembangkang atas kejayaan runding gencatan senjata
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan penghargaan terhadap peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Dalam hantaran Instagram Story, beliau berkata, “Tahniah YAB PM @anwaribrahim_my atas kejayaan jadi orang tengah gencatan senjata Kemboja-Thailand. Biar berlainan parti, kejayaan Malaysia wajib kita akui.”
Syed Saddiq menekankan bahawa rantau ASEAN sudah cukup terkesan dengan perang tarif era Trump dan lebih 120 juta penduduk masih hidup dalam kemiskinan, menjadikan kestabilan serantau sangat penting.
Baca juga:
- BERSATU pandang serius kenyataan Presiden PAS
- ‘PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU’ – Hadi Awang
- ‘Rafizi, Nik Nazmi tergugur keahlian PKR’ – Fuziah Salleh
Anwar sahkan rundingan berjaya capai kesepakatan
Menurut laporan media, Anwar mengumumkan kedua-dua negara berjiran itu bersetuju dengan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bermula jam 1700 GMT pada 28 Julai. Keputusan itu dicapai selepas pemimpin Kemboja dan Thailand bertemu secara rasmi di Putrajaya.
Gambar menunjukkan Anwar bersama dua wakil negara terbabit – Hun Manet dari Kemboja dan Phumtham Wechayachai dari Thailand – berjabat tangan dalam satu majlis rasmi yang mencerminkan kejayaan diplomasi Malaysia di pentas ASEAN.
Sumber: Instagram Syed Saddiq








