Syamsul Yusof didakwa failkan penceraian pada Ira Kazar - The Reporter

Syamsul Yusof didakwa failkan penceraian pada Ira Kazar

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Satu laporan mendedahkan, pengarah terkenal Syamsul Yusof didakwa sudah memfailkan penceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Memetik laporan, sumber berkata tindakan berkenaan dibuat selepas dikatakan tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.

Sebelum ini, tular mengatakan khabar angin penceraian pasangan berkenaan.

Namun, tiada sebarang kenyataan daripada dakwaan tersebut.

Syamsul dan Ira melangsungan pernikahan di Selatan Thailand pada 6 Januari lalu.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan perceraian dengan Syamsul sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!