Susulan insiden baling botol di gelanggang, silat Sukma diteruskan tanpa penonton | The Reporter

Susulan insiden baling botol di gelanggang, silat Sukma diteruskan tanpa penonton

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semua perlawanan silat yang berlangsung pada 22 hingga 23 Ogos akan berlangsung tanpa penonton. Perkara ini diputuskan susulan insiden yang membaling objek dipercayai botol air ke gelanggang semasa saingan akhir silat Sukan Malaysia (Sukma).

Ketua delegasi teknikal sukan silat Kamarul Ariffin A Latib, berkata keputusan itu dicapai selepas satu mesyuarat yang diadakan dan memutuskan hanya petugas yang mempunyai pas sahaja yang dibenarkan masuk.

Susulan itu juga, menerusi laporan FMT, pesilat bagi semua pasukan akan diasingkan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berulang.

Perlawanan semalam juga terpaksa dihentikan berikutan pelayan sistem pemarkahan pertandingan mengalami kerosakan.

Terdahulu, perlawanan antara pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia Mohd Masran kecoh seketika apabila ada penonton bertindak
membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang.

Difahamkan, tindakan berkenaan adalah kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemarkahan yang dipaparkan di skrin.

Dalam perlawanan berkenaan, Nurin berjaya mendahului pesilat tuan rumah dengan skor mata 70 berbalas 65.

Memetik laporan daripada Utusan Borneo pula mengenai keputusan perlawanan, keputusan sebelum ini masih terpakai dan kemenangan diberikan kepada Wilayah Persekutuan atas persetujuan bersama Ketua Jurulatih pasukan masing-masing.

Related Posts