Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Gara-gara terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto menerusi aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan besar,seorang suri rumah mengalami kerugian RM853,000.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa dia telah diperdaya oleh seorang lelaki tempatan yang kononnya pelaburan itu akan mendapat keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tujuh hingga 10 hari.
Tanpa berfikir panjang dan menilai risiko pelaburan itu, mangsa akur dengan arahan lelaki terbabit yang meminta dia memuat turun aplikasi pelaburan dalam talian.
Sebanyak RM853,000 telah disalurkan ke 12 akaun bank berbeza dengan 26 transaksi. Mangsa kemudian menerima pulangan pelaburan RM5,555 pada 4 Disember 2024.
Cubaan mangsa menghubungi suspek tidak kesampaian dan usahanya untuk mengakses aplikasi pelaburan itu juga gagal, sebelum menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan.
Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada 20 Januari dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro