Sudah tiba masanya PAS pimpin PN hadapi PRU16 - Ahmad Samsuri | The Reporter

Sudah tiba masanya PAS pimpin PN hadapi PRU16 – Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri bersalaman mesra dengan tetamu ketika menghadiri majlis.
Ahmad Samsuri hadir ke majlis | Kredit gambar: Facebook Ahmad Samsuri

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pas memberi isyarat awal bahawa parti itu tidak lagi sekadar menjadi rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan gabungan berkenaan.

Isyarat itu dijangka menjadi topik penting dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat yang bermula esok, di mana perwakilan akan meneliti strategi politik, hala tuju parti, isu ekonomi serta keharmonian kaum.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, Pas perlu diberi ruang mengetuai PN agar muafakat politik lebih kukuh sekaligus meningkatkan peluang kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Sudah sampai waktunya Pas berbincang dengan rakan muafakat politik untuk Pas pula mengambil alih mengetuai kerusi ini secara muafakat politik. Keutamaan kini ialah memperkukuhkan kerjasama, berusaha memenangi pilihan raya dan isu siapa calon Perdana Menteri wajar dibincangkan bersama dalam PN,” katanya.

Baca juga:

Muafakat politik jadi kunci kemenangan

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, Pas sedar kemenangan besar tidak mungkin dicapai jika bergerak bersendirian. Hanya dengan muafakat politik di seluruh negara, peluang menawan Putrajaya dapat direalisasikan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menghadiri majlis Walimatulurus Perdana tajaan kerajaan negeri Terengganu, yang menyaksikan 192 pasangan diraikan serentak di Kuala Berang.

Laporan Kosmo! Online menyebut, kenyataan Ahmad Samsuri ini memberi mesej jelas bahawa Pas kini mahu mencabar dominasi rakan sekutunya dalam PN dengan menampilkan diri sebagai peneraju utama blok pembangkang.

Related Posts