Ramai keluarga masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun gaji bulanan mereka meningkat. Bagi sebahagian penerima, kenaikan pendapatan tidak seiring dengan peningkatan kos hidup.
Menyedari situasi itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dipetik Harian Metro berkata syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) wajar diteliti semula. Menurutnya, mereka yang menikmati kenaikan gaji kecil tidak sepatutnya terus hilang kelayakan bantuan.
Baca juga:
- Tular aksi ‘manja’ pasangan di kedai makan, JAIM jalankan siasatan
- ‘Nak bersuara tak ada masalah, tapi jangan menuduh tanpa bukti’ – Mohamad Sabu
- Syed Saddiq dan Bella Astillah ‘berguru’ bab perkahwinan dengan Wan Azizah
Kenaikan gaji belum cukup tampung kos hidup
“Saya ambil maklum ada penerima yang sebelum ini layak STR tetapi apabila gaji mereka naik, bantuan itu terhenti. Sedangkan mereka masih perlukan sokongan kerajaan,” katanya.
Fahmi menjelaskan cadangan itu wajar dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan kerana kenaikan gaji kebelakangan ini tidak semestinya menjadikan sesebuah keluarga bebas daripada tekanan kos sara hidup.
Cadangan tersebut disuarakan beliau ketika menyertai program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang, Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.








