'Suamiku syahid, sedangkan aku sedang sibuk di hospital' - Wanita Palestin sebak dapat berita suami meninggal dalam keadaan syahid - The Reporter

‘Suamiku syahid, sedangkan aku sedang sibuk di hospital’ – Wanita Palestin sebak dapat berita suami meninggal dalam keadaan syahid

Beberapa hari ini, kita disajikan dengan berita pertempuran yang berlaku di Gaza yang menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah berlaku.

Pergolakan ini juga telah membuka mata masyarakat dunia melihat kekejaman, penindasan dan ketidakadilan beberapa pihak ke atas golongan yang tidak bersalah.

Suara tangisan dan jeritan bukan lagi perkara asing kedengaran. Puluhan tahun mereka hidup dalam situasi pergolakan, tiada istilah kemewahan yang diminta melainkan meninggal dunia dalam keadaan berjuang dan mati syahid.

Begitu juga tangisan kegembiraan seorang wanita Palestin yang tular di media sosial.

Rakaman video tersebut memaparkan seorang wanita yang juga seorang kakitangan perubatan menangis kegembiraan dan bersyukur apabila diberitakan suaminya meninggal dalam keadaan syahid.

“Suamiku syahid wahai semua orang! Suamiku syahid, sedangkan aku sedang sibuk di hospital. Suamiku syahid!,” jerit wanita itu.

Dia kemudiaannya pergi mendapatkan seorang gadis yang dipercayai anaknya sambil memeluk erat dan menangis.

“Ayah mu syahid…Ayahmu syahid,” katanya lalu mengundang jeritan tangisan anaknya.

Aksi wanita ini dan anaknya turut mendapat perhatian dan momen mereka dirakamkan oleh media dan orang ramai yang berada di situ.

Sumber: Abu Hayyan

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!