Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial kisah seorang wanita yang mendedahkan suaminya mahu menamakan anak mereka “Aina Nasuha” rupa-rupanya nama bekas teman wanita si suami. Kisah itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun X terkenal @meinmokhtar.
Menurut kiriman asal, wanita itu bersetuju untuk menggunakan nama tersebut selepas suaminya beria-ia, namun terkejut apabila menemui kotak berisi surat cinta lama atas nama yang sama di rumah mentuanya.
Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dan kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan si suami sebagai tidak sensitif dan masih terperangkap dengan kisah lama.
Baca juga:
- Wanita dakwa doktor salah pasang IUCD hingga rahim bocor
- Lelaki Orang Asli beri teguran beradab kandungan video kunjungan pempengaruh
- Video tular anggota polis tampar penunggang motosikal, cetus kecaman

Tanda tak ‘move on’
Rata-rata pengguna X mengecam keras perbuatan tersebut. Ada yang menasihatkan wanita itu menukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), malah ada yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bentuk ketidaksetiaan.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Kalau dah nama ex, memang tak boleh brain. Apa motif nak pahat sejarah lama dalam hidup baru?”
“Saya pun mangsa. Nama saya sama dengan ex mak saya, sampai mak saya tak suka saya.”
Sebahagian netizen juga menjadikan kisah itu pengajaran supaya pasangan berbincang matang sebelum menamakan anak, agar tidak melukakan hati sesiapa.
Isu ini turut menjadi bahan jenaka ringan dalam kalangan pengguna media sosial yang berpendapat ia mencerminkan kegagalan sebahagian individu “move on” sepenuhnya sebelum berkahwin. Ramai menganggap tindakan suami itu tidak menghormati perasaan isteri dan tidak wajar dijadikan gurauan.








