Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemandu lori berusia 46 tahun dicekup dalam keadaan tidak berbaju, hanya memakai seluar ketika disyaki berkhalwat bersama seorang ibu tunggal di rumah wanita itu di Padang Serai, awal pagi tadi.
Lapor Harian Metro, lelaki yang juga suami kepada seorang wanita dan bapa kepada enam anak itu memberi alasan hadir ke rumah wanita berkenaan kononnya untuk membantu menghantar kereta ke bengkel. Namun tindakannya mengundang curiga apabila berada di dalam rumah itu pada jam 2.05 pagi.
Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad, pintu rumah dibuka oleh lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel, sebelum pemeriksaan lanjut mendapati wanita berusia 42 tahun itu berada dalam sebuah bilik bersama anak perempuannya yang sedang tidur.
- ‘Saya nak brek, tapi tertekan pedal minyak’ – Pemandu cuai langgar 20 murid sekolah
- Enggan tukar tempat duduk tepi tingkap dengan budak, wanita fail saman selepas video tular
- Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit
- Lelaki maut dalam kebakaran unit kondominium di Mont Kiara
- ‘Tiada seorang pun datang merungut’ – Neelofa & PU Riz jawab isu caj kelas agama RM850
“Pasangan tersebut gagal menunjukkan bukti hubungan mahram atau sebagai suami isteri. Siasatan awal mendapati mereka telah saling mengenali sejak enam tahun lalu menerusi Facebook,” katanya.
Tambahnya, wanita itu merupakan ibu tunggal yang kematian suami sejak enam tahun lalu dan hanya menerima wang daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala lelaki terbabit berasal dari Baling dan bekerja sebagai pemandu lori.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.








