'Suami isteri jangan tidur berasingan, boleh beri kesan emosi pada isteri' - Pakar perunding kekeluargaan - The Reporter

‘Suami isteri jangan tidur berasingan, boleh beri kesan emosi pada isteri’ – Pakar perunding kekeluargaan

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Dalam perkahwinan, kadangkala ada perkara yang kelihatan hanya kecil namun memberikan impak dalam hubungan pasangan suami isteri.

Beberapa pandangan juga menyatakan hubungan pasangan suami isteri mula berubah apabila mereka dikurniakan anak. Segala perhatian hanya menjurus kepada anak sehingga pasangan suami isteri lupa menjaga emosi dan perasaan pasangan. Situasi yang lebih ketara dilihat adalah pasangan suami isteri mula tidur berasingan apabila sudah memiliki anak.

Menurut perunding kekeluargaan, Tuan Haji Ahmad Shafiai atau lebih dikenali sebagai Pak Utih menyatakan suami isteri tidak digalakkan tidur berasingan melainkan ada perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan.

“Bagi wanita, kalau tengok dalam surah an-Nisa’ ayat 34 iaitu takdirnya kalau wanita nusyuz perlu beri nasihat. Jika tak jadi jugak, pisahkan tempat tidur. Ini merupakan seolah hukuman suami kepada isteri. Tapi, kalau tiada apa-apa yang berlaku, terasa hati seorang isteri.

“Kadang-kadang memikirkan soal anak. Anak-anak yang sudah berusia lebih dua tahun, masih tidur dengan mak ayah lagi, itu tak betul.

“Dalam surah An-Nur ayat 58, menyatakan bahawa anak kita yang belum cukup umur lagi antara 2-9 tahun nak masuk bilik kita pun kena minta izin. Bermakna bilik kita khas untuk suami isteri melainkan anak yang masih menyusu.

“Jadi maknanya dalam bilik tu special. Jangan kita rasa kita okay saja. Remuk hati isteri kalau tidur berpisah,” katanya.

Cari penyelesaian

Ujarnya, jika mempunyai perkara yang tidak dapat dielakkan, cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kalau salah seorang tidur berdengkur sehingga mengganggu untuk pasangan tidur, itu kita faham tetapi cari lah ubat supaya tidak berdengkur.

“Dan jika suami enjoy tidur di tempat lain, isteri bawak lah anak, tarik toto dan bantal pergi tidur sebelah suami. Itu cara terbaik,” katanya.

Sumber: Pak Utih

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!