Suami isteri cederakan anak guna parang & tukul besi, didakwa di mahkamah | The Reporter

Suami isteri cederakan anak guna parang & tukul besi, didakwa di mahkamah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pasangan suami isteri, Mohd Rahimi Kamarudin, 34, dan, Sharifah Nur Aziah Syed Murad, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi, tahan lalu.

Pasangan itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Berdasarkan tiga pertuduhan, Mohd Rahimi (bapa tiri) dan Sharifah Nu Aziah didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di kepala dengan menggunakan tukul besi dan mencederakan tangan serta pinggangnya menggunakan parang.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuahrumah di Batu 4 1/2 Lorong Medang, Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar antara akhir Januari 2020 jam 1 tengah hari hingga awal Februari 2022, jam 5 petang.

Selain itu, mereka juga didakwa atas pertuduhan mengabai atau mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah di Jalan Belimbing 4, Taman Widuri Bachang, pada awal Februari 2022, jam 7 malam.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. Tetapi tidak menolak sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, beliau memohon jaminan ang mencerminkan keseriusan kesalahan selain syarat tambahan, tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan mereka perlu melapor dri di balai polis.

Peguam yang mewakili pasangan itu, Muhammad Syah Azlan Abdullah memohon mahkamah memberi jaminan dengan alasan mangsa berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejak kejadian itu.

Selain itu, tertuduh Mohd Rahimi hanya bekerja sebagai buruh bergaji RM2,000 sebulan dan perlu menyara enam lagi anaknya berusia 16 hingga setahun dan dibantu oleh isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sambilan dengan upah RM35 hingga RM40 sehari.

Hakim Darmafikri Abu Adam kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dimohon oleh pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 20 Jun depan untuk sebutan semula kes dan bagi mendapatkan laporan psikiatrik mangsa.

Sumber: Harian Metro
Foto: Malaysia Gazette

Related Posts