Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki China berjaya mencekup isterinya curang dengan majikan pada waktu kerja, hanya dengan menggunakan dron untuk mengintip mereka dari jauh.
Jing mula mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit selepas wanita itu berubah secara ketara, termasuk rutin hariannya berubah secara drastik, termasuk melawat ibu bapanya lebih kerap berbanding sebelum ini.
Wanita itu memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila Jing cuba menawarkan diri untuk menemani dan meluangkan masa bersamanya.
Timbul perasaan curiga, Jing mengambil keputusan menggunakan dron kawalan jauh untuk mengintip isterinya di tempat kerja selama beberapa hari.

Pada hari kejadian, semasa melakukan pemantauan di kawasan sekitar tempat kerja, dia ternampak isterinya keluar dari pejabat bersama seorang lelaki menaiki sebuah kereta menuju ke kawasan pergunungan terpencil.
Pasangan itu berpegangan tangan dan berjalan menuju ke sebuah rumah yang kelihatan usang. Kira-kira 20 minit kemudian, mereka keluar meninggal rumah tersebut dan kembali ke tempat kerja.
Jing kemudian menyiasat identiti lelaki tersebut dan rupa-rupanya lelaki itu adalah majikan isterinya, yang baru-baru ini telah diberi kenaikan pangkat. Isteri lelaki itu juga turut bekerja di tempat yang sama, menyebabkan pasangan curang itu terpaksa melakukan hubungan intim di tempat lain.
Kesal dengan apa yang berlaku, Jing menyebarkan gambar tersebut di media sosial untuk tatapan umum. Jing juga merancang untuk memfailkan perceraian dan video dirakam oleh dron akan dijadikan sebagai bukti.
Sumber: Oddity Central








