Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki bernama Syed mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan oleh seorang wanita dikenali sebagai Una, yang disangka bujang namun sebenarnya sudah bersuami dan mempunyai tiga anak.
Menurut Syed, mereka berkenalan dalam kumpulan kereta Axia dan mula menjalinkan hubungan serius sehingga Una mendakwa dirinya hamil anak Syed. Kerana ingin bertanggungjawab, Syed bersetuju bernikah di Thailand, atas permintaan Una yang tidak mahu melibatkan keluarga.
Sepanjang perkahwinan, pasangan itu tinggal berjauhan (PJJ). Syed memaklumkan dia menanggung semua perbelanjaan Una termasuk kereta Axia merah, duit bulanan, susu dan lampin anak, walaupun sering tidak dibenarkan ke rumah keluarga isterinya atas pelbagai alasan.

Dakwaan anak sakit dan raih simpati
Masalah mula timbul apabila Una mendakwa anak mereka dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman. Syed percaya bulat-bulat dan hanya menunggu di lobi hospital setiap hari tanpa dibenarkan menjenguk “anaknya”. Namun selepas beberapa minggu, keluarga Syed mula curiga dan hasil siasatan mendapati Una masih isteri kepada lelaki lain bernama Mohd Baki Zaini.

Baca juga:
- Pelancong Amerika kutuk Malaysia, beri rating 0/10 & janji tak datang lagi
- Bekas isteri minta ‘move on’, Abang Viva tampil pertahan diri
- Gara-gara tegur ibu mentua, wanita bersama bayi ditinggalkan suami di pondok bas gelap
Terbongkar: Suami masih ada, dokumen cerai palsu
Lebih mengejutkan, bayi yang dikatakan anak Syed sebenarnya anak sah hasil perkahwinan Una dan Baki, lengkap dengan surat beranak. Wanita itu juga didakwa mempunyai rekod penipuan wang beratus ribu ringgit, menyamar dengan pelbagai nama dan nombor telefon, serta melibatkan ibunya sendiri dalam penipuan.

Menurut Syed, pejabat agama kemudian mengesahkan perkahwinan mereka tidak sah, manakala Una turut memalsukan dokumen perceraian kononnya sudah berpisah dengan suaminya. Laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat.

Syed berkata tujuannya mendedahkan perkara ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi bagi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa seterusnya serta membersihkan namanya daripada fitnah.








