Suami bayar isteri RM 1.4 juta setiap kali hamil, perbelanjaan meliputi hadiah mewah termasuk beg tangan dan kereta - The Reporter

Suami bayar isteri RM 1.4 juta setiap kali hamil, perbelanjaan meliputi hadiah mewah termasuk beg tangan dan kereta

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh Soudi Al Nadak yang juga merupakan isteri kepada jutawan ahli perniagaan, Jamal Al Nadak, baru-baru ini, mendedahkan senarai syaratnya sebelum bersetuju untuk memiliki zuriat.

Soudi memuat naik permintaan mewahnya, termasuk bayaran 240,000 pound sterling (kira-kira RM1.4 juta) setiap kali hamil, hadiah berjenama dan layanan tetamu kenamaan (VIP), semasa dan selepas bersalin.

Antara tuntutan itu, dia menekankan keperluan untuk cincin perkahwinan, akses penuh kepada kad kredit suaminya untuk kecemasan, dan pelbagai hadiah mewah, termasuk beg tangan berjenama dan kereta baharu.

Bayaran yang dinyatakan meliputi pelbagai perbelanjaan, daripada sesi terapi kepada fisioterapi, latihan peribadi, akupunktur, dan urutan untuk dirinya dan bayi.

Dia juga berkeras mahukan push present (hadiah kerana meraikan ibu yang melahirkan bayi), khususnya lebih banyak hartanah pelaburan dan beg Birkin.

Senarai itu diperluaskan kepada keinginan Soudi untuk tidak bekerja lagi, penambahan pembantu di rumah, lawatan kepada antara 1,000 kepada 2,000 individu selepas bersalin, dan juga pasukan solek dan rambut yang berdedikasi.

Dia membuat tuntutan itu dengan alasan tidak akan membiarkan badannya mengalami kesakitan secara percuma.

Dalam pada itu, dia menekankan tiada rundingan melalui tuntutan yang dibuat itu.

Kenyataan yang dibuat Soudi mengejutkan ramai sehinggakan ada yang mempersoalkan kewajaran tindakannya itu, malahan ada pula yang menyokongnya dengan mengatakan waktu kehamilan dan kelahiran sangat sakit yang boleh menyebabkan trauma.

Sumber: Berita Harian, Soudi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!