STR Fasa 3 disalurkan mulai 29 Ogos 2024 | The Reporter

STR Fasa 3 disalurkan mulai 29 Ogos 2024

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


8.5 juta rakyat akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan dijadualkan bermula 29 Ogos 2024 (Khamis).

Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan, penerima akan menerima bantuan tunai sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Bagi penerima baharu akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.

“Penerima sedia ada dan penerima baharu/rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

“Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, melalui Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 billion.

Related Posts