Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula 24 Mac 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.
Hampir 9 juta penerima, iaitu 60% rakyat dewasa Malaysia, bakal menerima bantuan sehingga RM650.
Menurut Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerajaan komited untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 kepada RM13 bilion mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama.
Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang layak atau disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Kerajaan juga membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan ini. Semakan kelayakan dan maklumat lanjut boleh didapati di portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my