Status OKU bukan halangan, Amir raih pujian, tekun bekerja di R&R | The Reporter

Status OKU bukan halangan, Amir raih pujian, tekun bekerja di R&R

Lelaki OKU

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiada alasan bagi individu untuk malas bekerja jika dikurniakan dengan sifat yang sempurna. Malu sekiranya ada insan yang serba kekurangan, namun semangat dan tekad cukup besar dalam mencari rezeki.

Satu perkongsian yang menarik dari pengguna TikTok ini merakamkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) sedang tekun bekerja di sebuah gerai yang terletak di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh.

@putputhere

rajin dia kerja walaupun dia kurang upaya , sentiasa senyum je . bagi duit kat dia tadi pun , dia senyum je sambil ucap ” TERIMA KASIH KAK ” … sihat selalu ya dik 🥹❤️ #fyp #oku #rajin #rnrtemerloh #lpt p/s : adik ni kerja kat rnr temerloh hala nak ke kuantan ..

♬ Namun Ku Punya Hati By Revolvers – Abam_JiwangkapaK

Lelaki yang dikenali sebagai Amir itu katanya sangat rajin bekerja dan sentiasa tersenyum mesra melayan pelanggan.

Difahamkan, Amir merupakan seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh bapa saudaranya. Menerusi tinjaun komen, Amir dikatakan bekerja di gerai milik bapa saudaranya.

“Adik OKU ni, mak ayah dah tak ada, anak yatim piatu. Sekarang ayah saudara dia yang jaga. Dia memang rajin bekerja,” kata Didie.

Rata-rata netizen mengagumi sikap dan semangat Amir yang rajin bekerja walaupun serba kekurangan.

“Malu pada orang yang suka meminta-minta, yang mencuri, yang merompak. Adik ni tak sempurna, tapi dia usaha. Semoga Allah permudahkan urusanmu,” kata netizen.

Related Posts