Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai berjumlah SGD1,529,000 atau RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dijadikan sebagai ‘safehouse’ oleh seorang ahli politik berpengaruh.
Menerusi beberapa laporan media, pangsapuri di Kuala Lumpur itu dipercayai lokasi menyimpan hasil suapan dan juga bagi tujuan politik.
Menurut sumber, operasi berkenaan merupakan susulan daripada penahanan seorang suspek yang mendedahkan wujud safe house untuk menyimpan wang rasuah seorang ahli politik berpengaruh.
“Dalam siasatan terhadap skandal itu, SPRM menahan seorang suspek dan hasil siasatan mendapati terdapat sebuah pangsapuri disewa di ibu negara yang didakwa dijadikan ‘safehouse’.
“Pada jam 10 malam semalam, SPRM melakukan operasi geledah dan menemui wang Singapura bernilai SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta yang dipercayai disimpan untuk kegunaan ahli politik terbabit bagi aktiviti tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan wang berkenaan dipercayai telah diberikan seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan terbabit atas arahan individu berpengaruh berkenaan.
“SPRM menyita semua wang yang ditemui itu,” katanya.
Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan di media sosial, turut mengesahkan kejadian.
Sumber: Free Malaysia Today, Berita Harian,SPRM








