Selepas lama dihimpit pelbagai gosip, pelakon Sophia Albarakbah kini lega apabila kehidupannya kembali tenang dan jauh dari sebarang kontroversi. Katanya, tahun ini memberi ruang untuknya fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan keluarga.
Sophia juga tidak menafikan pernah berdepan tekanan emosi yang memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya. Dia mendedahkan pernah mengalami gangguan stres pascatrauma (PTSD) akibat fikiran yang kusut dan tekanan dalam kehidupan peribadi.
“Alhamdulillah bahagia, tiada orang yang memeningkan kepala, buat saya rasa tertekan, keresahan dan ada PTSD,” katanya memetik laporan Harian Metro.
- Kumpulan hak asasi haiwan gesa MBS hentikan program serah anjing terbiar
- Tindakan spontan lelaki selamatkan dua kanak-kanak dalam kebakaran raih pujian
- Polis jalankan siasatan dakwaan kanak-kanak 12 tahun diekori sebuah kenderaan
- Dakwaan penerima bakul makanan didaftar sebagai ahli, PKR Pahang dapatkan penjelasan
- Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen
Sebelum ini, dia turut mengumumkan perpisahan dengan seorang doktor pada September 2023 yang turut memberi kesan terhadap berat badannya. Namun kini, Sophia memilih untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri dan menutup pintu hati buat sementara waktu.
“Saya tutup pintu hati dulu. Berkawan biasa itu boleh tapi kalau sudah tunjuk lebih-lebih, saya memang akan berusaha menjauh.”


Soal jodoh tidak menjadi tekanan buatnya, malah dia bersyukur keluarganya tidak pernah mendesak untuk berkahwin. Jika jodoh tiba, dia mahu pilihannya sendiri — bukan ditentukan orang lain.
“Saya yang akan berkahwin dengan orang itu bukan mereka. Saya juga yang kena hadap perangainya nanti.”
Dari segi kerjaya, Sophia kini sibuk dengan pelbagai penggambaran sejak awal tahun, termasuk dua telefilem Anak Mak dan Mak Cun Healing Di London, siri web Aku Cinta Dia serta sebuah filem seram yang masih belum diumumkan tarikh tayangannya.








