Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa dukacita susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan bapanya berkaitan Titah Adendum.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Nooryana menyatakan kesedihan dan simpati terhadap keadaan yang dihadapi Najib, sambil berharap bapanya terus bersabar menerima keputusan untuk kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
“So sorry daddy, tak boleh nak bayangkan perasaan daddy pada ketika ini,” tulisnya.
Beliau turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap bapanya serta menasihatkan Najib supaya sentiasa menjaga kesihatan.
“Banyak bersabar, okay? Kita teruskan perjuangan pada hari-hari mendatang, seperti biasa, jaga kesihatan daddy, itu yang paling penting,” katanya lagi.

Baca juga:
- Ambil kira keresahan masyarakat setempat, batalkan projek ternakan babi Bukit Tagar – PM
- Laporan akhir sahkan bas bawa penuntut UPSI masuk selekoh pada kelajuan 114.7 km/j
- ‘Lu siapa? Itu sangkaan jahat YB’ – Pengarah Urusan Mydin Bidas MP DAP

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke Yee Ching, dalam keputusannya mendapati bahawa Titah Adendum yang didakwa tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 yang berlangsung pada 29 Januari tahun lalu.
Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan bahawa anak guamnya kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.
Beliau turut mengesahkan Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujudnya satu perintah tambahan diraja atau Titah Adendum yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.








