Skandal 1MDB: Najib mohon maaf kepada rakyat, Anwar terima baik namun dikecam Latheefa - The Reporter

Skandal 1MDB: Najib mohon maaf kepada rakyat, Anwar terima baik namun dikecam Latheefa

1MDB: Najib mohon maaf
Sumber gambar: MalaysiaKini, Free Malaysia Today

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengemukakan permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia atas salah laku yang berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Permohonan tersebut disampaikan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, dalam satu kenyataan semalam.

Najib menzahirkan rasa kecewanya kerana telah diperdaya dalam isu 1MDB dan menegaskan beliau tidak bersubahat dengan ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Jho Low.

Menurut Najib, beliau tidak mengetahui bahawa dana yang diterima adalah hasil penyelewengan dan pada masa itu, beliau mempercayai ia adalah sumbangan politik daripada kerajaan Arab Saudi.

“Saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang,” katanya, sambil menambah bahawa beliau sudah menerima hukuman dari segi politik.

Anwar Ibrahim terima baik permohonan maaf Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan penerimaan terhadap permohonan maaf terbuka yang dibuat oleh Najib.

“Terima baik, terima baik,” katanya secara ringkas, memetik laporan dari MalaysiaKini.

Anwar tiada kuasa terima permohonan maaf

Bagaimanapun, kenyataan Anwar itu mendapat reaksi balas daripada peguam Latheefa Koya, yang mengkritik tindakan tersebut dengan menyatakan Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk menerima permohonan maaf tersebut.

“Bukan urusan dan kuasa PM untuk menerima permohonan maaf sebegitu. Bukan tugasnya,” kata Latheefa melalui satu hantaran di laman X.

Beliau turut memaklumkan Najib masih menegaskan dirinya tidak bersalah, dan penerimaan Anwar terhadap permohonan maaf itu secara tidak langsung dianggap mengesahkan jenayah berkenaan.

“Ia memberanikan golongan korup, memperlekeh mahkamah, dan merendahkan SPRM,” tegas bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Latheefa turut mempersoalkan sama ada penerimaan maaf ini merupakan langkah awal untuk membebaskan Najib bagi tahanan rumah.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!