‘Situasi tak teruk seperti yang diceritakan, kapten pun tak ugut nak halau’ - Saksi - The Reporter

‘Situasi tak teruk seperti yang diceritakan, kapten pun tak ugut nak halau’ – Saksi

Semalam, media sosial dihebohkan dengan luahan seorang lelaki yang berkongsi pengalaman buruknya semasa menaiki penerbangan MYAirline dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Lelaki itu mendakwa, kru kabin enggan memberi tlai pinggang keselamatan khas atau infant belt kepada anaknya berusia 2 tahun 5 hari biarpun mereka meminta secara baik, berikutan anaknya enggan duduk bersendirian semasa pesawat hendak berlepas.

Dalam kenyataannya itu juga mendakwa, kapten kapal membuat pengumuman meminta anaknya duduk atau berdepan dengan tindakan dihalau keluar dari pesawat sekiranya tidak mematuhi arahan yang diberikan.

MYAirline dalam kenyataan balas menjelaskan bahawa, infant belt hanya diberikan kepada penumpang kanak-kanak berusia 24 bulan dan ke bawah sahaja, manakala 24 bulan dan ke atas pula dikehendaki duduk di tempat sendiri.

Walaubagaimanapun, MYAirline tetap membuat permohonan maaf kepada keluarga berkenaan dan akan melakukan siasatan dan tindakan bagi menambahbaik perkhidmatan mereka di masa akan datang.

Saksi tampil jelaskan situasi sebenar yang berlaku

Dalam pada itu, salah seorang penumpang dalam penerbangan berkenaan tampil mendedahkan bahawa, keadaan pada semasa kejadian tidaklah seteruk yang digambarkan oleh pengadu. Malahan, situasi pada ketika itu juga terkawal.

“Saya berada dalam penerbangan yang sama. Tiba-tiba viral di media sosial. Padahal situasi pada hari itu tidaklah seteruk yang diceritakan pun.

“Kanak-kanak itu pakai seat belt selepas salah seorang pramugara datang memujuk, dan semua penumpang bertepuk tangan. Itu sahaja,” kata Ho Ferra.

Seorang lagi saksi kejadian, Capitz Sudin menjelaskan, kapten kapal juga tidak mengugut untuk menghalau kanak-kanak itu keluar.

“Aku ada dalam flight ini, selang beberapa baris je daripada akak ni.

“Sebenarnya kapten tak ugut, dia cuma cakap kalau tak nak duduk, kita akan berpatah balik ke parking sebab dah mengganggu jadual perjalanan kerana berada di runway saja dekat 20 minit hold disebabkan hal ini,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!