‘Ok done delete akaun’ - Ramai netizen delete akaun app Zus Coffee? - The Reporter

‘Ok done delete akaun’ – Ramai netizen delete akaun app Zus Coffee?

Gambar dari netizen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jenama kopi, Zus Coffee, berdepan dengan kecaman hebat di media sosial kerana penglibatannya dengan jenama pakaian terkenal, Adidas, baru-baru ini.

Walaupun Zus Coffee telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, netizen dilihat masih tidak dapat menerimanya. Ini kerana mereka kecewa dan merasakan tindakan tersebut tidak mencerminkan solidariti yang sepatutnya ditunjukkan terhadap isu Palestin.

Sejumlah besar netizen telah mengambil keputusan untuk memadamkan akaun mereka dari aplikasi Zus Coffee.

“Saya memilih untuk memadam akaun Zus saya kerana kurangnya solidariti jenama itu dengan Palestin. Sebagai pengguna yang teliti, saya percaya adalah penting untuk menyokong syarikat yang sejajar dengan nilai saya. Malangnya, Zus tidak memenuhi kriteria ini,” kata seorang netizen.

Meskipun peringatan telah diberikan bahawa pelanggan akan kehilangan baki wang yang ada dan tahap kesetiaan pelanggan yang tidak akan diperolehi semula, rata-rata netizen tidak kisah untuk berbuat demikian.

‘Beri pengajaran besar kepada mereka’ – Netizen

‘Banyak lagi air kopi lain yang sedap’ – Netizen

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!