KPN sahkan suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram anggota JI | The Reporter

KPN sahkan suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram anggota JI

Sumber Gambar: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis mengesahkan insiden serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain suspek yang dipercayai berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Susulan itu juga, polis menyerbu kediaman keluarga suspek di Ulu Tiram, pagi tadi.

“Rumah suspek turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding.

“Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota JI ditahan. Mereka berusia antara 15 hingga 62 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.

“Bapa suspek berusia 62 tahun turut dikenal pasti sebagai anggota JI,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudiin berkata kira-kira 20 anggota JI sudah dikenal pasti oleh polis dan tindakan susulan segera akan dijalankan.

“Kita sedang siasat motif serangan dan apa agenda JI sebenarnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts