'Kami berdiri teguh menyokong Palestin' - Zus Coffee keluar kenyataan kedua, janji tak buat lagi - The Reporter

‘Kami berdiri teguh menyokong Palestin’ – Zus Coffee keluar kenyataan kedua, janji tak buat lagi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Zus Coffee telah mengeluarkan kenyataan baru hari ini untuk menegaskan semula pendirian mereka terhadap isu genosid di Palestin.

Ini berlaku setelah ramai pengguna bertindak memadamkan akaun mereka dari aplikasi Zus Coffee, bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap jenama itu yang dianggap tidak cukup jelas.

Dalam kenyataan terbaru, Zus Coffee menegaskan mereka berdiri teguh menentang genosid dan menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin.

“Kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pndirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“Zus Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.”

Selain itu, Zus Coffee juga berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan. Mereka ingin memastikan, setiap keputusan yang dibuat mencerminkan nilai-nilai mereka sebagai jenama tempatan Malaysia.

Kenyataan ini mungkin merupakan langkah penting bagi Zus Coffee untuk memulihkan kepercayaan pengguna dan menunjukkan komitmen mereka terhadap isu-isu global. Namun, hanya masa yang akan menentukan bagaimana reaksi pengguna terhadap kenyataan baru ini.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!