Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu video tular merakamkan pertelingkahan antara pembeli dan pemaju rumah di Aspire Residence, Cyber 10, Cyberjaya.
Difahamkan, pertelingkahan tercetus gara-gara pembeli tidak berpuas hati dengan tindakan pemaju yang melambatkan proses penyerahan kunci rumah yang sudah bertahun-tahun lamanya.
Bukan itu sahaja, pembeli juga berang apabila mendapati elektrik dan air belum dimasukkan ke dalam kediaman mereka semasa serahan kunci.
Sehubungan dengan itu, pembeli menuntut penjelasan daripada pemaju berkenaan perkara itu. Namun, pemaju menjelaskan pembeli yang perlu menyelesaikan isu tersebut.
“Kenapa air dengan elektrik tak settle? Memang lah buyer kena settle tapi dokumen semua tak sampai, ada call ke?” soal pembeli.
Menerusi beberapa info, kediaman yang berharga lebih RM400,000 itu ditunggu oleh pembeli selama tujuh tahun. Semasa sesi serahan kunci, pemaju didapati hanya menyusun fail kunci di atas lantai dan dalam serba serbi kekurangan.
Selain itu, pemaju juga dikatakan mengelat untuk membayar 15% kadar yang dikenakan kerana kelewatan mereka menyerahkan kunci kepada pembeli.
Sementara itu, beberapa individu turut berkongsikan pengalaman sama berdepan dengan pemaju yang bertindak sedemikian.
Sumber: Mdm Viral