Baru-baru ini satu hantaran tular menyatakan perniagaan Nasi Arab yang dimiliki oleh Cheff Ammar tidak laku dan tidak dikunjungi pelanggan. Rentetan itu, pelbagai spekulasi mula timbul dengan dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, menerusi satu rakaman video, Cheff Ammar menafikan perkara tersebut. Menerusi video itu juga, kelihatan ramai pengunjung di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam beratur untuk membeli juadah berbuka yang dijual di gerai Cheff Ammar.
“Tak laku, siapa kata? Orang lain jerla yang laku,” katanya.
Ketika ditanyakan perbezaan dan keistimewaan juadah yang dijual berbanding peniaga lain, Cheff Ammar berkata sesebuah perniagaan mempunyai peringkat dimana perniagaannya sentiasa mengamalkan kebersihan selain menggunakan bahan yang berkualiti.
“Kita tak ada double standard, kita tunjuk bila kita bekerja. Tempat kita, tak ada yang report pada KKM.
“Kita maintain level kita, kesihatan dan berkualiti,” katanya.
Dalam pada itu, dia menyatakan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai perniagaanya apabila ada pihak yang cuba untuk membuat dakwaan yang tidak berasas.
“Kalau Allah izin, jadilah. Jangan ambil kerja Tuhan.
“Terima kasih rakyat Malaysia yang sokong perniagaan saya,” katanya.
Sumber: Najee Mahshar by Nasi Kandar